Wednesday, February 11, 2009

2

CERITAKU

  • Wednesday, February 11, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Ana adalah aku. Adik-beradik ada 9 orang. Sebenarnya lebih lagi tapi yang lain telah menemui Sang Pencipta yang Maha Kuasa lebih awal. Kalau tak salah asalnya 12 orang, maaf tak ingat sangat. Aku merupakan anak bongsu yang selalu dianggap anak manja pada hal tak manja pun.


    Sejarah lama telah memberikan banyak pangajaran dan iktibar kepada kehidupan aku sendiri. Pentarbiahan yang aku tempuhi semasa berada di sisi ibu bapa merupakan yang terbaik aku rasakan hinggakan sampai sekarang jadilah aku seperti aku.


    Bukan nada kebanggaan yang aku ingin unggkapkan tapi pena ini ingin berkongsi pengalaman yang ada kepada yang sudi mendengar. Hakikatnya aku bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi perkongsian di alam maya ini. mudah-mudahan dengan cerita ini menjadi titik tolak perubahan kepada yang membacanya.


    Hadafnya tidak mengenal peringkat umur. Sudahlah tu mulakan saja tulisanmu banyak pula muqaddimahnya. Aku akur, aku mulakan sekarang. Keluarga aku merupkan keluarga yang susah dan miskin. Inilah yang aku dengar daripada abang dan kakakku yang pernah bercerita kepadaku. Allahyarham Ayahku merupakan anak yatim piatu sejak beliau berumur 10-13 tahun lagi, ana tak ingat. Beliau terpaksa menjadi ketua keluarga pada ketika itu kepada 3 orang lagi adik-beradiknya.


    Beliau terpaksa mencari nafkah menampung keluarga dengan menaiki kerbau sepanjang 30-60 kilometer untuk menjual kayu api daripada ranting-ranting pokok untuk membeli kecukupan seperti tepung. Bertolak tengah malam meredah tepi-tepi pantai dan mengharungi semak semata-mata untuk mengejar subuh dan tamu tempat berdagang yang akan dibuka seawal yang mungkin. "Siapa cepat dia dapat". Kenderaan utama ayahku pada abad itu ialah kerbau, walaupun begitu ketepatan masa tidak menjadi masalah. Kita sekarang naik apa? walaupun begitu masih ramai lagi yang suka menangguh kerja, lambat dan sebagainya. Sejuk dan embun malam menjadi selimutnya. Belakang kerbau menjadi bantalnya. Mungkin timbul di benak fikiran pembaca KARUT dan REKAAN semata-mata. Para pembaca yang dihormati, sia-sia sahajalah kalau aku mengarut, percayalah inilah epilog lamaku yang ku sangat hargai.


    Pernah suatu ketika, hujan lebat membasahi ayahku bersama adiknya yang sedang membonceng kerbau ingin menuju ke tempat dagangan. Tiba-tiba kilat telah menyabung dan sang kerbau pun terkejut dan memecut lari, dua orang adik-beradik itu pun terpelanting dan jatuh di atas tanah. Tanpa disedari sebilah parang telah menghiris tangan adik ayahku. Apabila disuluh, merah yang kelihatan. Darah mengalir dengan derasnya. Mereka pun meminta pertolongan, ketuk sana ketuk sini, pintu dibuka tapi orangnya tak sudi walaupun warna merah itu jelas kelihatan. Apakan daya disebabkan status anak yatim, siapa nak tolong. Nasib baik Allah masih memberikan kesempatan nyawa kepada adiknya itu.


    Tahu tak macam mana kedudukan geographic rumah lama aku. Bawah ini aku lampirkan gambar ringkas pelannya.


    Aku terangkan sikit, dua bulat itu ialah rumah aku dan rumah mak cik. Tengah-tengah hutan ini only dua rumah ni sahaja yang ada.Garis merah itu adalah laluan untuk keluar ke jalan yang besar. Yang istimewanya tak boleh naik kereta, paling ok jalan kaki, kurang sikit basikal, paling slow motosikal. Kalau nak cepat jalan kaki sambil lari. Nombor 1 itu laluan berjambatan, yang mana memerlukan tahap hati-hati yang tinggi, silap skit boleh terjun bawah. Ini adalah antara jambatan yang terpanjang di kampung ini. Aku pergi sekolah rendah dulu biasanya guna laluan ini, kalau sekolah agama sisi petang biasanya guna laluan no 2. Kenderaan utama basikal. Kerap kali juga aku terjatuh dari atas jambatan tu bersama basikal kesayanganku.

    Laluan kedua juga tidak kurang cabaran, ianya seperti jungle trackking. Jalan dalam hutan, kiri dan kanan pokok-pokok yang besar, tanahnya yang tidak rata, turun bukit naik bukit dan paling istimewa lagi keseramannya. Siapa berani lalu di kawasan itu, samseng kampung pun tak berani masuk dalam. Itulah antara tarbiah yang aku tempuhi setiap hari, hinggakan aku sudah tidak berasa seram dan orang lain memandang pelik kepada keluargaku. Paling mantap lagi, waktu malam. Kalau nak ke masjid biasanya naik basikal. Bertolak dari rumah tak mencabar sangat sebab dunia masih terang, balik lepas isyak tu yang lagi mencabar lebih-lebih lagi bila aku keseorangan. Tahu tak tips-tips untuk menghilangkan keseraman. Aku mengaji dengan suara yang kuat dengan harapan semoga hantu-hantu yang ada di sepanjang lalaun itu insaf dan sedar serta tak tergamak untuk mengganggu aku, surah-surah yang selalu dibaca ialah 7 surah pilihan seperti surah Sajadah, Yaasin, Ar-Rahman dan lain-lain. Kadang-kadang tu aku azan. Hati memang berdebar campur perasaan takut tapi kena tahan, benda ini bila dah selalu berlaku ianya akan menjadi kebiasaan. Jalan sebelum Subuh pun pernah tapi jarang-jarang sebab Ibu lebih galakkan solat rumah kerana bimbang akan keselamatan aku.

    Laluan 3 itu adalah laluan ke sungai tempat aku dan sekeluarga berlatih berenang, entah berapa orang yang lulus ujiannya, kebanyakan yang lelaki ini lulus Insya Allah, yang perempuan hampir semuanya gagal. kami 4 lelaki dan 5 perempuan. Sungainya memang dalam dan bersih serta agak selesa kalau golongan perempuan ni nak berlatih sebab memang tak ada orang yang lalu di tempat tu. Tidak menjadi kebimbangan tentang bab berkenaan aurat. Itu istimewanya berbanding tempat peranginan yang ada sekarang ini.

    Setiap malam ayahku akan meminta kami semua berbaris dan duduk untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing. Siapa yang gagal,rotan akan memberikan jawapannya. Kami dilatih dengan hafazan dan tarannum. Walaupun tak pandai tarannum kena cuba juga. "mencuba sebelum mengalah" itu perinsip yang dipegang sejak dulu lagi. Ayahku menilih untuk tidak membeli televisyen, aku dan kami hidup dengan visual kehijauan rumput, lalang, pokok, pisang, mangga, rambutan, tebu, kelapa, limau kasturi, sungai, semak dan bunga. Inilah visual yang aku selalu perhatikan. Budak-budak sekarang lain, mereka hidup dengan visual ultraman, spongebox, tom and jerry, korea, indon, tom rider, counter strike, sim city dan need for speed. Kami mula bertelevisyen ketika aku tingkatan tiga. Itu pun ketika aku duduk asrama sekolah.

    Permainan aku dan abang ialah, permainan buat rumah atas pokok mangga, aku ingat lagi ibu kesayanganku memarahi daku sebab terjatuh dari pokok mangga. manakala kakak-kakakku lebih suka main masak-masak. Banyak juga cerita lucunya, main masak-masak sampai terhantuk kepala bawah meja lepas tu kena marah, ada juga amek buah getah masuk dalam hidung sampai tak boleh bernafas, kena bawa pergi hospital.

    Apabila abangku yang sulung mendapat tawaran study ke semenanjung untuk tingkatan satu, orang kampung ramai yang tak setuju. Mereka cuba menghalang golongan kelahiran anak yatim ini untuk terus hidup dalam kesusahan, Ayahku membantah dan mengambil keputusan untuk teruskan perjuangan mengubah peradaban kehidupan. Abangku duduk semenanjung selama 5 tahun tanpa balik Sabah, khabar dan kesedihan hanya boleh disampaikan melalui surat sahaja. Siapa tak sedih. Sahabat pemabaca sekalian, pernahkah kita merasai semua ini?

    Alhamdulillah, usaha telah membuahkan hasil, betullah pepatah arab "siapa berusaha dia akan dapat, siapa menanam dia akan menuai". Kami semua dapat sampai ke Universiti, aku yang last ni pun Insya Allah kalau tak ada halangan, tak lama lagi masuk UIA Gombak.

    Based on the storey, do you get the idea?

    Muda-mudi sekelian, bangkitlah dari lena mu, kita dibuai mimpi perhiasan duniawi. Ayuh segera mara kehadapan menunaikan tanggungjawab duniawi dan ukhrawi. Di mana nilai substance dalaman kita yang telah lama berkubur, kenapa kita malu melawan hawa nafsu? kenapa kita tewas dengan beruk-beruk yang ada di dunia ini? faham tak siapa beru-beruk itu? dara dan teruna yang tak bermaruah yang banyak menipu. Kalau kita yang pegang kepimpinan ini pun boleh tergoda dengan beruk, maka tunggulah saat kehancuran nanti..

    Awak nak sindir siapa sebenarnya? Ana menjawab, orang yang terasa itulah yang ana nak sindir, moga-moga dia terasa dan insaf akan kesalahan dia, AWAK TU HAFAL QURAN takkan tak tahu hukumnya.

    Moga-moga memberikan semangat keinsafan dan dapat membawa perubahan dari sudut dalaman kepada yang sudi membaca celoteh ini. Siiru Ala Barakatillah.

    Read more...

    Sunday, February 8, 2009

    0

    SIAPA YG KAFIR?

  • Sunday, February 8, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Memulakan kalam dengan pohonan kemaafan sekiranya pena ini menyentuh isu sensatif, menyentuh hati pihak tertentu dan sekiranya banyak kesilapan tersimpul. Hakikatnya ana pun merupakan manusia biasa yang tak kunjung malap dalam melakukan kesilapan, perbetulkan ana kerana memang hati ini terpanggil untuk diperbetulkan.

    • Wahaabi
    • Syiah
    • Tarekat
    • Ahli Tasawuf

    Apakah semua ini? Satu seminar telah diadakan di Masjid Wilayah Jalan Duta pada hari Sabtu bermulanya pagi sampai petang dan di sambung pula sampai malam. Pembentangan kertas kerja oleh tiga orang tokoh yang diundang antaranya Ustaz Zamihan Mat Zain, Ustaz Mahfuz Muhammad Khalil dan Ustaz Ahmad Faidzurrahim.

    Pembentangan kertas kerja yang pertama dimulakan dengan tajuk "peranan mahasiswa dalam membanteras penyelewengan agama". Banyak juga input-input baru yang dapat diambil antaranya ialah jenis-jenis penyelewengan aqidah iaitu:

    • Aqidah
    • Syariah
    • Kerohanian
    • Perubatan
    • Akhlak
    • Gerakan

    Antara peranan Mahasiswa ialah:

    1. Kematangan Ilmu: Ilmu mengenal islam, belajar secara Talaqqi, guru&kitab yang muktabar, disiplin ilmu, tingkatkan amalan, ulama sebagai rujukan.
    2. Mendokong visi islam: rancang aktiviti dakwah, amar ma'ruf nahi mungkar, mendokong aspirasi ummah, sifat da'ie.
    3. Berjamaah: pilih pemimpin yang ikhlas, kenal pasti visi dan misi jamaah, hindari fanatisme agama.
    4. Akauntabiliti: janji dengan Allah, diri adalah da'ie, muhasabah diri, temu janji dengan Allah.

    Agak lantang juga pembentang yang pertama itu dalam menyatakan pendiriannya tentang hukum-hukum islam. Beliau juga tidak memandang kepada taraf kedudukan dan jawatan seseorang. Ana berasa agak bersemangat juga bila nampak keberanian dia dalam menyatakan kebatilan yang berlaku walaupun VIP-VIP yang ada di depan itu mempunyai fikrah yang lain. Hati ana membisikkan "hah, baru tahu kena atas kepala sendiri".

    Masuk kepada pembentang yang kedua, ana merasakan ada sesuatu yang tak kena, ada sahabat ana yang kurang faham itu menjadi lebih serabut lagi, ada yang merasa ragu-ragu dengan aqidah dia yang sedia ada.

    Ana tak nafikan ada yang betul kerana pembentang mempunyai rujukan yang lebih berbanding dengan ana, tetapi cara penyampaian itu yang ana kurang setuju, pembentang dengan lantang mengkafirkan golongan tertentu yang dirasakan salah, ada juga ulama-ulama yang dipersalahkan seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim Az-Zauji. Siapa kita ini jika dibandingkan dengan ulama-ulama ini. Mereka lebih menguasai bahasa arab dengan baik, ilmu tafsir yang lebih mendalam dan zamannya yang lebih unggul. Walaupun kita rasa hujah dan pembuktian serta rujukan kita itu betul. Bagi ana rasanya tak tergamak hati ini untuk mengkafirkan golongan ulama ini.

    Pembentang yang ketiga pula dengan lantang memberikan komentar-komentar yang agak kontroversi, "aqidah ahli gerakan hizbut tahrir terpesong". Ada golongan yang terasa pun memberikan persoalan dan mohon penjelasan daripada pembentang. Sedihnya jawapan itu tidak menepati kehendak sang penyoal. Sedikit kekucar-kaciran berlaku juga.

    Sekembalinya ana ke kampus, ana berasa bersyukur juga sebab orang yang hadir ke seminar itu tidak ramai, sahabat-sahabat ana yang kurang kefahaman yang sedia ada pun tidak pergi, kalau tak tentu penat pula ana nak menjelaskan dengan diorang.

    Pena ana ini bukan nada yang mengkritik, ana pun masih setahun jagung lagi dalam memperbetulkan keadaan, berikanlah teguran dan tunjuk-ajar andai hamba ini tersilap dan tersalah.

    Sebenarnya ana tidak berminat sangat sekiranya perkara berkaitan aqidah ini dibesar-besarkan, keadaan sekarang sebenarnya lebih aulawiyat lagi sekiranya kita bincang isu-isu palestine atau bentuk-bentuk serangan orang yahudi dan cara mengatasinya dengan lebih praktikal.

    Kenapa kitab-kitab tasawuf lebih banyak yang sampai ke asia berbanding kitab-kitab yang berkaitan dengan sains dan kemajuan teknologi, kitab ibnu sina At-Tiib, Ibnu Khaldun dengan kitabnya Muqaddimah tak pernah menjejak kaki di asia apatah lagi negara kita, sedarlah sahabat-sahabat para pembaca sekalian ini merupakan agenda musuh islam untuk menghancurkan umat islam, kita ditabur dan dibaja dengan hiburan media massa, astro, akademi fantasia.

    Bangkitlah dan perhatikanlah langkah supaya kita tidak ditipu oleh musuh, lengkapkanlah dirimu dengan bekalan dan persiapan dalaman dan luaran.

    Panjang pula ana tulis, siapa nak baca ini. Cukuplah tu, orang yang paling banyak katanya itulah yang akan menghadapi ujian yang lebih banyak kelak. Siiru Ala Barakatillah..

    Read more...
    1

    SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Ana melangkah keluar dari surau mahallah menuju ke masjid dgn hati yang nekad untuk ponting study circle semata-mata kapannya untuk mendengar wacana ilmu ust. Hasrizal yang bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh walaupun kelak akan mejejaskan markah study circle.


    Agak lama juga kami menuggu kehadiran ust. Mengisi masa yang kosong itu, ust dzulkhairi pun membuka minda kami dengan sedikit penerangan mengenai program pada malam itu. Sempat juga dia mempromosikan blognya. Ana tertarik dgn kata-kata ust Zul berkenaan hadith Rasulullah:

    "akan dibuka kota konstantinople yang mana ketua yang memimpin dan tentera pada masa itu adalah sebaik-baiknya"

    Sebaik-baik ketua dan tentera yang di maksudkan adalah Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera yang dipimpinnya. Oleh kerana azan Isyak telah pun berkumandang, kami pun nekad untuk menunaikan solat isyak dulu.

    Banyak pula ana cerita ni, tak masuk tajuk lagi.

    Ust. Hasrizal memulakan perbincangan dengan mengupas sedikit sebanyak mengenai aqidah yang perlu diyakini berdasarkan kepada buku Maza Yakni Fi Intima' al-Islam karya Fathi Yakan, buku ni rasanya sudah famous dikalangan kita semua, kalau yang pelajar DQ tu mesti cair punya sebab kebanyakan usrah disana guna buku ni sebagai silibus.

    800 tahun lamanya islam berjihad untuk menawan kota Konstantinople, percubaan yang pertama disertai oleh sahabat nabi yang sudah berumur 80 lebih ana tak ingat sangat, maaf atas sifat pelupa ana. Sahabat tu ialah Abu Ayub Al-Ansari. Kalau yang tak kenal lagi tu, ingat lagi tak semasa nabi berhijrah ke Madinah, ramai sahabat yang berebut-rebut untuk menempatkan nabi di rumah masing-masing, maka untuk bertindak adil nabi membiarkan unta baginda untuk memilih sendirinya, rumah Abu Ayublah yang menjadi pilihan.

    Para pembaca yang dihormati, ana akan cuba meringkaskan perbincangan ini, apakah rahsia sebenar Sultan Muhammad Al-Fateh:
    • Syariatullah
    • Sunnatullah

    Dua aspek penting ini merupakan gabungan penting beliau dalam percubaannya untuk menawan Kota Konstanti dan dua aspek ni lah yang membawa beliau kepada kejayaan seterusnya menjadi individu yang dimaksudkan oleh hadith Nabi.

    Syariatullah ialah aspek yang berhubung dengan integriti. Amanah, kejujuran, hubungan dengan Allah dan keikhlasan. Sunnatullah pula ialah aspek yang menyentuh hukum-hakam alam, teori sains dan teknologi juga merangkumi aspek ini.

    Ana bagi satu contoh, Hj. Mat dan Ah Chong adalah dua orang yang mengusahakan kebun jagung. Hj. Mat ni orang yang masya Allah dengan ibadatnya tapi dia hanya siram kebunnya sekali sehari, manakala Ah Chong ni dia buat kajian tentang kesuburan tanah, sembur racun serangga perosak dan menggunakan baja yang sesuai. Last sekali, kebun siapakah yang lebih banyak mengeluarkan hasil. Tentunya kebun Ah Chong.

    Sekarang ni dah berlambak golongan yang mempunyai ciri-ciri syariatullah yang baik tapi kita kekurangan orang yang mempunyai kekuatan dari segi sunnatullahnya.

    Panjang sangat pula. cukup kot sekadar tu. moga-moga kita dapat melonjakkan lagi anjakan paradigma kita. Dulunya anak gajah ni ditambat dengan rantai, dia cuba banyak kali untuk putuskan rantai tambatan tapi tak berjaya, apabila dah membesar dia dah putus asa dulu dan sampai sekarang masih lagi ditambat dengan rantai tersebut, sedangkan kalau dia sentap sekali tentunya rantai itu akan putus. Siiru ala barakatillah.

    Read more...
    0

    MATA RENUNGAN

  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Mengimbau kembali sejarah kehidupan sejak dari tadika lagi, seterusnya sekolah rendah dan menengah, matrik dan hinggalah ke hari ini. Banyak pengalaman yang boleh kita manfa'atkan untuk mengoptimumkan lagi aspek-aspek yang penting dalam kehidupan kita, tidak kira dalam aspek pentarbiahan, pengurusan dan ekonomi.


    Jika dulunya kita hanya pandai membaca alif ba' ta', perlunya di situ kita pertingkatkan kepada tahap yang lebih baik untuk masa kini, contohnya kebolehan untuk menafsir sedikit sebanyak daripada ayat Al-Quran itu sendiri, boleh bertarannum dan hafal surah-surah yang pendek dan mudah. Amatlah rugi sekiranya dulu dan sekarang tidak ada perubahan langsung, bila kita ditolak menjadi imam, macam-macam alasan yang diberikan. Ada juga yang bacaan Al-Qurannya seperti budak-budak tadika. Rasa sedih juga bila dengar, tapi apakan daya, dia sendiri pun tiada inisiatif untuk jumpa ustaz-ustaz yang ada untuk memperbetulkan kesilapan yang ada.

    Ada juga sahabat-sahabat yang dulunya rajin pergi ke masjid untuk solat jemaah, qiamullail hampir setiap hari, hafal surah-surah pendek dalam Al-Quran. Malangnya, semakin pendek umur mereka, semakin itulah mereka malas untuk beribadah. Mereka hanya rajin waktu kanak-kanak atau budak-budak dulu. Dalam kata lain, waktu tak matang lagi. Kalau kita perhatikan kebanyakan IPT sekarang ini, masjidnya ramai jemaahnya yang terdiri daripada mereka yang dulunya bukan background agama. Mereka yang mempunyai asas agama yang baik dulu lebih gemar untuk solat dalam bilik sahaja. Apa yang berlaku ini sangatlah menyedihkan kita.

    Jika dulunya kita hanya pandai beli nasi lemak di kantin sekolah dan ada juga yang hanya berani pegang RM 1 dalam poketnya. Perkara ini perlulah diubah mengikut umur kita masing-masing dan di situ hendaklah ada kemajuan contohnya kalau peringkat IPT tu perlulah ada bussiness sendiri dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga dan biasiswa yang dibekalkan.

    Dalam bidang pengurusan pula kita hendaklah lebih kehadapan berbanding dengan pelajar-pelajar yang masih dalam peringkat sekolah rendah dan menengah. Kemahiran untuk mengeluarkan idea-idea baru perlulah dikuasai dan kita hendaklah lebih matang dalam memberikan hujah-hujah dan keputusan yang melibatkan sesuatu organisasi.

    Sebenarnya Allah telah pun memberikan modul-modul tertentu mengikut keperluan dan kekurangan kita sejak dari dulu lagi supaya kita mengambil pengajaran dan menjadikan peristiwa itu sebagai panduan untuk menetapkan sebarang keputusan. Sebagaimana hadith Nabi 'orang mukmin itu tidak akan masuk lubang biawak dua kali'.

    Segala ujian dan cabaran yang kita hadapi merupakan antara tarbiah secara tak langsung daripada Allah sendiri untuk meme=bentuk diri seseorang itu supaya menjadi hamba yang taat dan bersyukur kepada segala nikmatnya.

    Sama-samalah kita muhasabah diri dan fikirkan kenapa dulu dan sekarang kita berbeza.....
    Read more...
    0

    LIKU YANG TAJAM

  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Pengalaman seorang sahabat saya sewaktu memegang kepimpinan badan pengawas di sekolah lama dulu telah memanggil saya untuk menulis sedikit pesanan buat sahabat-sahabat yang sekarang ini berada dalam organisasi, tak kira organisasi apa pun.

    Sebenarnya penulis merasakan ke tidak layakan untuk menegur sahabat-sahabat yang saya rasakan lebih baik dari hamba Allah ini, tetapi memandangkan perkara ini berlaku dikalangan anda, bukan semua tetapi hanya sebahagian sahaja dan yang sedikit itulah yang akan memberikan kecatatan terhadap mana-mana pun struktur organisasi.

    Perkara yang ingin disentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan couple dikalangan pemegang jawatan itu sendiri iaitu antara ketua dan timbalannya. Fitrah manusia memang cenderung untuk mencari pasangan masing-masing, tetapi dalam kita memegang sesuatu amanah itu perlulah dengan keikhlasan dan tidak terdapat sebarang niat yang lain disitu.

    Keberkatan dan keredhaan Allah itu adalah perkara yang paling penting dan perlulah diberikan perhatian yang lebih sekiranya kita menginginkan kejayaan dan kelicinan perjalanan sesuatu struktur organisasi yang kita pegang.

    Penulis bukan bertujuan untuk mewujudkan suatu gap antara ketua dan timbalannya, tetapi di situ perlulah ditekankan tentang masalah niat. Contohnya, sebelum nak bagi sms tu, niat hendaklah dibetulkan semata-mata untuk gerak-kerja bukan dengan perasaan rindu atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

    Harap-harap teguran ini akan menjadi satu peringatan dalam diri kita masing-masing terutamanya orang yang menulis itu sendiri. Doakan agar kita sama-sama ditetapkan iman oleh Allah dalam usaha kita menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan..
    Read more...
    0

    PEMUDA HARAPAN NISTA

  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Sedar atau tak sedar ramai di kalangan kita yang telah terjebak dalam jerat licik orang yahudi, senang atau kerap kali kita melihat para remaja sekarang terutamanya lebih cenderung kepada dunia hendonisme atau dala bahasa yang mudahnya budaya berhibur yang melampau, cuba perhatikan kawan-kawan kita sendiri, ramai di antara mereka yang memilih untuk menggunkan nada handset yang berunsurkan nyanian.

    Tidak kurang juga yang terperangkap dalam dunia percintaan antara lelaki dan perempuan, sehingga ramai di antara mereka sanggup berbelanja besar semata-mata untuk topup kan handset untuk melayan pasangan haram masin-masing. Bagi penulis sendiri, perkara ini boleh di kategorikan dalam erti kata pembaziran dan melanggar hukum-hukum Allah s.w.t yang mana mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sebenarnya mereka ini belum ada jaminan pun akan berkahwin nanti malah ramai yang berpisah pada akhirnya.

    Di samping itu, dalam kita mencari pasangan hidup ini, perlilah dengan berhati-hati supaya kelak tidak ada penyesalan, pada hemat saya sendiri, lelaki atau perempuan yang suka buka friendster dan cari orang yang lain jantina, mereka ini akan berjumpa sesama mereka juga, ibaratnya:

    "seperti cincin atau berlian yang murah dan diletakkan oleh si penjual di luar kotak cermin dan dah ramai orang sentuh-sentuh dan sememangnya dah menjadi kotor dan sebahagiannya dah menghakis... dalam kata yang mudah...( murah sangat atau untuk barang lelong..)."

    Oleh itu, fikir-fikirkan lah nak jadi yang mana satu... barangan lelong atau yang mahal dan tersimpan elok dalam kotak kaca yang berkunci rapi... dalam Al-Quran sendiri telah menyebut dalam Surah An-Nur bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuann yang baik dan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.... kalau pilih tak baik so, preparelah kena baling periuk atau belanga oleh isteri/suami anda.....

    Muhasabahlah diri masing-masing...
    Read more...
    0

    JUADAH ROOMATE

  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Sekembalinya aku ke bilik dan memerhatikan gelagat dan aktiviti rakan-rakan sebilik yang sibuk bermain game komputer dan tidak kurang juga yang sibuk dengan handset masing-masing untuk melayan orang yang dirindui. Terdetik di hati rasa sedikit kecewa dan bersalah kerana tidak mampu untuk sama-sama mengajak mereka untuk memanfaatkan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah atau sama-sama dalam memberikan sumbangan untuk kebaikan islam itu sendiri.

    Walaupun telah bersama dengan mereka hampir setahun, namun diri ini sungguh lemah, tetapi yakinlah bukan kita yang mampu mengubah sesuatu ketetapan tetapi Allah lah yang paling selayaknya untuk mengubah hati-hati hambanya.

    Cuma sedikit pesanan kepada semua pembaca sekalian, dalam kita berdakwah ini tidak ada perkara akan menguntungkan oleh itu, janganlah mengharapkan sebarang balasan dan pujian daripada orang lain, tidak ada karpit atau tikar mewah yang akan dihamparkan di hadapan anda semua, malah anda akan menghadapi banyak kesulitan dan dugaan mencabar.

    Dekatkanlah diri mu kepada yang Maha pencipta Allah, pohonlah kepadanya agar dikurniakan kekuatan untuk sama-sama istiqamah dan bersemangat dalam memperjuangkan syariat Allah yang mulia ini.

    Sampaikan salam kepada semua penerus atau penyambung mata-mata rantai perjuangan junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah...
    Read more...

    Subscribe