Thursday, April 30, 2009

6

BALA ALLAH

  • Thursday, April 30, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Penularan wabak selesema babi merupakan signifikan kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi-NYa ini. Terbaru Mexico merupakan negara yang paling ramai rakyatnya dijangkiti wabak ini. Dengan mencatat lebih dari 1000 kes dan sebanyak 66 kes ialah maut. Saban hari kita dikejutkan dengan bermacam-macam peristiwa dan trajedi, dulunya tsunami, letusan gunung berapi, gempa bumi di Pakistan, taufan di Amerika Syarikat, turunnya salji di padan pasir. Apakah petanda semua ini?

    Semasa Tsunami di Acheh berlaku, orang ramai sedikit sebanyak insaf dan sedar akan dosa dan kesalahan mereka sebelum itu. Malangnya keinsafan yang lahir itu tak kekal lama. Hampir semua trajedi yang berlaku menyedarkan masyarakat, tapi malangnya ia bersifat mengikut musim.

    Wabak ini bukan sahaja menjejaskan ketenteraman hidup masyarakat bahkan dunia mengalami kemerosotan ekonomi global yang teruk. Tambahan pula krisis ekonomi dunia yang sedia ada. Presiden Amerika Barack Obama mengumumkan bahawa kerajaannya akan mengeluarkan 64.5 bilion dolar untuk menangani wabak selesema babi ini.

    Kita di Malaysia turut merasa azabnya, tambahan pula sudah ada 1 kes berlaku di Kuala Lumpur. Wabak yang sangat mudah untuk merebak ini mengingatkan kita untuk kembali kepada Allah. Orang-orang non-muslim turut merasakan kesengsaraan jiwa apabila mengenangkan mereka pernah memakannya sebelum ini. Oleh itu peratusan kebarangkalian untuk dijangkiti adalah tinggi.

    Sebagai individu yang mengaku muslim, beberapa perkara dan peringatan Allah perlu kita renung semula antaranya:
    1. Ini merupakan antara petanda kecil hari Qiyamat.
    2. Keinsafan dan kesedaran kita hendaklah tetap bukannya bersifat kemusiman.
    3. Usia dunia ini sudah tua.
    4. Orang non-muslim akan tinggalkan Khinzir daripada memakannya.
    5. Ekonomi dunia akan jatuh lagi kerana kemerosotan hubungan perdagangan antara negara serta kos untuk tangani wabak ini.
    6. Merupakan Pertolongan Allah kepada umat islam kerana peperangan akan berkurang.
    7. Azab Allah kepada mereka yang menyokong Yahudi.
    Allah lebih mengetahui segala kehendak dan kejadiannya.

    6 Responses to “BALA ALLAH”

    pencinta_tarbiah said...
    April 30, 2009 at 5:35 AM

    tak tahu nak tylis mana.tulis sinilah,jemput ke blog ana http://pencintatarbiah.blogspot.com/


    Hafizuddin An-Nuri said...
    April 30, 2009 at 5:58 AM

    assalamualaikum...
    ALLAHUAKBAR!!!
    semoga kemenangan berpihak di Pihak Islam...
    Hidup Islam!!!


    Kurush said...
    April 30, 2009 at 10:27 AM

    betul-betul,ana setuju, jom sama-sama kongsi idea kt blog ana


    Wan Dharma said...
    May 12, 2009 at 7:55 PM

    salam...ingatkan xde tulisan baru dh coz cbuk dk wt lesen skrg...jemputlh melawat ke blog ana


    far8 said...
    May 25, 2009 at 7:51 AM

    huhu nk jempot syai n keluarga ke blog farid @ relakslaaa.blogspot.com hehehe.


    keretasorong said...
    June 4, 2009 at 7:57 AM

    (^_^)


    Post a Comment

    Subscribe