Wednesday, April 29, 2009

0

PERJUANGAN ISLAM SATU TUNTUTAN AQIDAH

  • Wednesday, April 29, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan di antara tauladan yang wajar diamati tatkala membincangkan soal Aqidah, Tauhid dan Syahadah. Demi mempertahankan Aqidah yang suci Ashabul Kahfi menyembunyikan diri mereka dalam gua. Lari bukannya takut tetapi demi mempertahankan Aqidah mereka. Ashabul Ukhdud pula sanggup dicampakkan ke dalam api yang membakar, semata-mata kerana Aqidah mereka pegang bertentangan dengan Aqidah pembesar negeri yang zalim.

    Aqidah pada lafaznya ialah ikatan/simpulan atau janji. Dari segi istilah pula ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan yang mendesak.

    Asas kepada Aqidah ialah Tauhid, Tauhid pada bahasa ialah mengesakan Allah dan dari segi maknawi ialah beri'tikad, percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

    Tujuan utama kita membincangkan kembali asas/dasar atau pokok dalam perjuangan ini ialah supaya matlamat dan cara kita berkerja tidak terpesong jauh. Kadang-kadang timbul juga perasaan mazmumah dalam diri seperti nakkan jawatan/kedudukan/ pujian/kebanggaan/dll. Kefahaman dan kesedaran yang mendalam ini akan menjadi benteng daripada bisikan syaitan, godaan hawa nafsu, pengaruh sahabat-sahabat seperjuangan, suasana keadaan sekeliling.

    Kenapa kita perlu berjuang? Apa kaitan perjuangan dan Aqidah yang kita pegang ini?

    Persoalan di atas sering kali timbul di benak pemikiran bagi mereka yang masih baru dalam perjuangan islamiah al-harakiah. Tidak dinafikan masih ramai yang belum memahami asas ini dengan mendalam walaupun dia dah lama berkecimpung dalam lapangan ini.

    Ana bukannya individu yang arif dalam bidang ini cuma ingin berkongsi kefahaman sedikit sebanyak yang ana tahu. Perjuangan yang didasari hamasah/semangat semata-mata sangatlah berbahaya kepada individu dan jemaah itu sendiri, semangat adalah sesuatu yang lahirnya mudah, tetapi kekalnya sangat susah. Ia juga bersifat Limited dan Fragile. Bagi ana tak salah bermula dengan semangat, tapi cuba fahami dan belajar selepas itu.

    Kenapa? Dalam konsep syahadatain, di sana ada dua rukun utama iaitu Nafi dan Isbat. Nafi merupakan pengakuan/i'tiqad/i'tiraf/'iqrar keimanan beserta penafian bahawa tiada sesuatu yang layak disembah kecuali Allah. Ithbat mengandungi penegasan dan pengecualian dengan menolak tuhan selain Allah dan menegaskan keesaan Allah.

    Dalam rukun Nafi, Kita hendaklah yakin tiada sesuatu yang layak disembah/dipercayai/diikuti/dituruti melainkan semua yang Allah dah tetapkan kepada kita berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka apa-apa yang yang bertentangan dengannya menjadi satu perjuangan bagi kita yang mengakui syahadah untuk memperbetulkan dan menegakkan kebenaran.

    Contohnya hukuman Qisas, dalam Al-Quran hukum ini telah dinyatakan secara qat'i/jelas/jazim, maka selagi mana hukum ini tidak dilaksanakan menjadi kewajipan kepada setiap mukallaf untuk memperjuangkannya. Banyak lagi contoh-contoh lain yang berlaku.

    Ini adalah penerangan secara ringkas yang ana boleh rungkaikan, sebenarnya perbincangannya cukup luas dan memerlukan rujukan/sumber yang lebih banyak, bagi ana ini adalah minimum kefahaman bagi setiap abna'ul harakah. Wallahu a'lam.

    0 Responses to “PERJUANGAN ISLAM SATU TUNTUTAN AQIDAH”

    Post a Comment

    Subscribe