Wednesday, February 11, 2009

2

CERITAKU

  • Wednesday, February 11, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Ana adalah aku. Adik-beradik ada 9 orang. Sebenarnya lebih lagi tapi yang lain telah menemui Sang Pencipta yang Maha Kuasa lebih awal. Kalau tak salah asalnya 12 orang, maaf tak ingat sangat. Aku merupakan anak bongsu yang selalu dianggap anak manja pada hal tak manja pun.


    Sejarah lama telah memberikan banyak pangajaran dan iktibar kepada kehidupan aku sendiri. Pentarbiahan yang aku tempuhi semasa berada di sisi ibu bapa merupakan yang terbaik aku rasakan hinggakan sampai sekarang jadilah aku seperti aku.


    Bukan nada kebanggaan yang aku ingin unggkapkan tapi pena ini ingin berkongsi pengalaman yang ada kepada yang sudi mendengar. Hakikatnya aku bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi perkongsian di alam maya ini. mudah-mudahan dengan cerita ini menjadi titik tolak perubahan kepada yang membacanya.


    Hadafnya tidak mengenal peringkat umur. Sudahlah tu mulakan saja tulisanmu banyak pula muqaddimahnya. Aku akur, aku mulakan sekarang. Keluarga aku merupkan keluarga yang susah dan miskin. Inilah yang aku dengar daripada abang dan kakakku yang pernah bercerita kepadaku. Allahyarham Ayahku merupakan anak yatim piatu sejak beliau berumur 10-13 tahun lagi, ana tak ingat. Beliau terpaksa menjadi ketua keluarga pada ketika itu kepada 3 orang lagi adik-beradiknya.


    Beliau terpaksa mencari nafkah menampung keluarga dengan menaiki kerbau sepanjang 30-60 kilometer untuk menjual kayu api daripada ranting-ranting pokok untuk membeli kecukupan seperti tepung. Bertolak tengah malam meredah tepi-tepi pantai dan mengharungi semak semata-mata untuk mengejar subuh dan tamu tempat berdagang yang akan dibuka seawal yang mungkin. "Siapa cepat dia dapat". Kenderaan utama ayahku pada abad itu ialah kerbau, walaupun begitu ketepatan masa tidak menjadi masalah. Kita sekarang naik apa? walaupun begitu masih ramai lagi yang suka menangguh kerja, lambat dan sebagainya. Sejuk dan embun malam menjadi selimutnya. Belakang kerbau menjadi bantalnya. Mungkin timbul di benak fikiran pembaca KARUT dan REKAAN semata-mata. Para pembaca yang dihormati, sia-sia sahajalah kalau aku mengarut, percayalah inilah epilog lamaku yang ku sangat hargai.


    Pernah suatu ketika, hujan lebat membasahi ayahku bersama adiknya yang sedang membonceng kerbau ingin menuju ke tempat dagangan. Tiba-tiba kilat telah menyabung dan sang kerbau pun terkejut dan memecut lari, dua orang adik-beradik itu pun terpelanting dan jatuh di atas tanah. Tanpa disedari sebilah parang telah menghiris tangan adik ayahku. Apabila disuluh, merah yang kelihatan. Darah mengalir dengan derasnya. Mereka pun meminta pertolongan, ketuk sana ketuk sini, pintu dibuka tapi orangnya tak sudi walaupun warna merah itu jelas kelihatan. Apakan daya disebabkan status anak yatim, siapa nak tolong. Nasib baik Allah masih memberikan kesempatan nyawa kepada adiknya itu.


    Tahu tak macam mana kedudukan geographic rumah lama aku. Bawah ini aku lampirkan gambar ringkas pelannya.


    Aku terangkan sikit, dua bulat itu ialah rumah aku dan rumah mak cik. Tengah-tengah hutan ini only dua rumah ni sahaja yang ada.Garis merah itu adalah laluan untuk keluar ke jalan yang besar. Yang istimewanya tak boleh naik kereta, paling ok jalan kaki, kurang sikit basikal, paling slow motosikal. Kalau nak cepat jalan kaki sambil lari. Nombor 1 itu laluan berjambatan, yang mana memerlukan tahap hati-hati yang tinggi, silap skit boleh terjun bawah. Ini adalah antara jambatan yang terpanjang di kampung ini. Aku pergi sekolah rendah dulu biasanya guna laluan ini, kalau sekolah agama sisi petang biasanya guna laluan no 2. Kenderaan utama basikal. Kerap kali juga aku terjatuh dari atas jambatan tu bersama basikal kesayanganku.

    Laluan kedua juga tidak kurang cabaran, ianya seperti jungle trackking. Jalan dalam hutan, kiri dan kanan pokok-pokok yang besar, tanahnya yang tidak rata, turun bukit naik bukit dan paling istimewa lagi keseramannya. Siapa berani lalu di kawasan itu, samseng kampung pun tak berani masuk dalam. Itulah antara tarbiah yang aku tempuhi setiap hari, hinggakan aku sudah tidak berasa seram dan orang lain memandang pelik kepada keluargaku. Paling mantap lagi, waktu malam. Kalau nak ke masjid biasanya naik basikal. Bertolak dari rumah tak mencabar sangat sebab dunia masih terang, balik lepas isyak tu yang lagi mencabar lebih-lebih lagi bila aku keseorangan. Tahu tak tips-tips untuk menghilangkan keseraman. Aku mengaji dengan suara yang kuat dengan harapan semoga hantu-hantu yang ada di sepanjang lalaun itu insaf dan sedar serta tak tergamak untuk mengganggu aku, surah-surah yang selalu dibaca ialah 7 surah pilihan seperti surah Sajadah, Yaasin, Ar-Rahman dan lain-lain. Kadang-kadang tu aku azan. Hati memang berdebar campur perasaan takut tapi kena tahan, benda ini bila dah selalu berlaku ianya akan menjadi kebiasaan. Jalan sebelum Subuh pun pernah tapi jarang-jarang sebab Ibu lebih galakkan solat rumah kerana bimbang akan keselamatan aku.

    Laluan 3 itu adalah laluan ke sungai tempat aku dan sekeluarga berlatih berenang, entah berapa orang yang lulus ujiannya, kebanyakan yang lelaki ini lulus Insya Allah, yang perempuan hampir semuanya gagal. kami 4 lelaki dan 5 perempuan. Sungainya memang dalam dan bersih serta agak selesa kalau golongan perempuan ni nak berlatih sebab memang tak ada orang yang lalu di tempat tu. Tidak menjadi kebimbangan tentang bab berkenaan aurat. Itu istimewanya berbanding tempat peranginan yang ada sekarang ini.

    Setiap malam ayahku akan meminta kami semua berbaris dan duduk untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing. Siapa yang gagal,rotan akan memberikan jawapannya. Kami dilatih dengan hafazan dan tarannum. Walaupun tak pandai tarannum kena cuba juga. "mencuba sebelum mengalah" itu perinsip yang dipegang sejak dulu lagi. Ayahku menilih untuk tidak membeli televisyen, aku dan kami hidup dengan visual kehijauan rumput, lalang, pokok, pisang, mangga, rambutan, tebu, kelapa, limau kasturi, sungai, semak dan bunga. Inilah visual yang aku selalu perhatikan. Budak-budak sekarang lain, mereka hidup dengan visual ultraman, spongebox, tom and jerry, korea, indon, tom rider, counter strike, sim city dan need for speed. Kami mula bertelevisyen ketika aku tingkatan tiga. Itu pun ketika aku duduk asrama sekolah.

    Permainan aku dan abang ialah, permainan buat rumah atas pokok mangga, aku ingat lagi ibu kesayanganku memarahi daku sebab terjatuh dari pokok mangga. manakala kakak-kakakku lebih suka main masak-masak. Banyak juga cerita lucunya, main masak-masak sampai terhantuk kepala bawah meja lepas tu kena marah, ada juga amek buah getah masuk dalam hidung sampai tak boleh bernafas, kena bawa pergi hospital.

    Apabila abangku yang sulung mendapat tawaran study ke semenanjung untuk tingkatan satu, orang kampung ramai yang tak setuju. Mereka cuba menghalang golongan kelahiran anak yatim ini untuk terus hidup dalam kesusahan, Ayahku membantah dan mengambil keputusan untuk teruskan perjuangan mengubah peradaban kehidupan. Abangku duduk semenanjung selama 5 tahun tanpa balik Sabah, khabar dan kesedihan hanya boleh disampaikan melalui surat sahaja. Siapa tak sedih. Sahabat pemabaca sekalian, pernahkah kita merasai semua ini?

    Alhamdulillah, usaha telah membuahkan hasil, betullah pepatah arab "siapa berusaha dia akan dapat, siapa menanam dia akan menuai". Kami semua dapat sampai ke Universiti, aku yang last ni pun Insya Allah kalau tak ada halangan, tak lama lagi masuk UIA Gombak.

    Based on the storey, do you get the idea?

    Muda-mudi sekelian, bangkitlah dari lena mu, kita dibuai mimpi perhiasan duniawi. Ayuh segera mara kehadapan menunaikan tanggungjawab duniawi dan ukhrawi. Di mana nilai substance dalaman kita yang telah lama berkubur, kenapa kita malu melawan hawa nafsu? kenapa kita tewas dengan beruk-beruk yang ada di dunia ini? faham tak siapa beru-beruk itu? dara dan teruna yang tak bermaruah yang banyak menipu. Kalau kita yang pegang kepimpinan ini pun boleh tergoda dengan beruk, maka tunggulah saat kehancuran nanti..

    Awak nak sindir siapa sebenarnya? Ana menjawab, orang yang terasa itulah yang ana nak sindir, moga-moga dia terasa dan insaf akan kesalahan dia, AWAK TU HAFAL QURAN takkan tak tahu hukumnya.

    Moga-moga memberikan semangat keinsafan dan dapat membawa perubahan dari sudut dalaman kepada yang sudi membaca celoteh ini. Siiru Ala Barakatillah.

    2 Responses to “CERITAKU”

    munadhia said...
    April 19, 2009 at 4:47 PM

    salam.
    sronok bce kisah ni...
    psl lalu tmpt sram tu plak, tringat ada la 2,3 kali balik sesorg kul 3pagi dr studio ke mahalah d uia gmbak ni...
    xdela rasa takut sbb ada satu kyakinan dlm dri bhw Allah psti mlindungi kt. lg, yg kt lihat smua ciptaan die jgk.
    tp, yg plg menyermkn ble skali tu trsermpak ngan makhluk ganas UIA. anjing uia yg liar2...x brgerak skejap sbb takut... yaAllah, nsb baik smpai jgk kt mahalah...

    hidup sederhana. kalau kt lhat Sultan Muhammad Al Fateh sndr dididik hdup dlm keadaan sderhana walaupn pd hakikatny beliau ank pmerintah turki...krn dididik bgtulah lahirnya seorg hebat spt Al Fateh... x dikaburi dgn kemewahan bahkan terasa sgt dhaif d bumi Allah..org spt inilah yg kt mahu lhirkn... smoga kt brtemu al fateh di zaman ini.

    Wallahu'alam.


    aku abid said...
    April 28, 2009 at 11:24 PM

    salam..
    alhamdulillah.. ana bangga melihat anak negeri ana spt nta. ana menginsafi keadaan diri ana yg kdg2 tak merasa cukup dgn semua yg Allah kurniakan. alhamdulillah.. cerita hdp nta nie jd pengajaran wat ana. semoga di bawah bayu sentiasa di bawah perlindunganNya.


    Post a Comment

    Subscribe