Sunday, February 8, 2009

0

MATA RENUNGAN

  • Sunday, February 8, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Mengimbau kembali sejarah kehidupan sejak dari tadika lagi, seterusnya sekolah rendah dan menengah, matrik dan hinggalah ke hari ini. Banyak pengalaman yang boleh kita manfa'atkan untuk mengoptimumkan lagi aspek-aspek yang penting dalam kehidupan kita, tidak kira dalam aspek pentarbiahan, pengurusan dan ekonomi.


    Jika dulunya kita hanya pandai membaca alif ba' ta', perlunya di situ kita pertingkatkan kepada tahap yang lebih baik untuk masa kini, contohnya kebolehan untuk menafsir sedikit sebanyak daripada ayat Al-Quran itu sendiri, boleh bertarannum dan hafal surah-surah yang pendek dan mudah. Amatlah rugi sekiranya dulu dan sekarang tidak ada perubahan langsung, bila kita ditolak menjadi imam, macam-macam alasan yang diberikan. Ada juga yang bacaan Al-Qurannya seperti budak-budak tadika. Rasa sedih juga bila dengar, tapi apakan daya, dia sendiri pun tiada inisiatif untuk jumpa ustaz-ustaz yang ada untuk memperbetulkan kesilapan yang ada.

    Ada juga sahabat-sahabat yang dulunya rajin pergi ke masjid untuk solat jemaah, qiamullail hampir setiap hari, hafal surah-surah pendek dalam Al-Quran. Malangnya, semakin pendek umur mereka, semakin itulah mereka malas untuk beribadah. Mereka hanya rajin waktu kanak-kanak atau budak-budak dulu. Dalam kata lain, waktu tak matang lagi. Kalau kita perhatikan kebanyakan IPT sekarang ini, masjidnya ramai jemaahnya yang terdiri daripada mereka yang dulunya bukan background agama. Mereka yang mempunyai asas agama yang baik dulu lebih gemar untuk solat dalam bilik sahaja. Apa yang berlaku ini sangatlah menyedihkan kita.

    Jika dulunya kita hanya pandai beli nasi lemak di kantin sekolah dan ada juga yang hanya berani pegang RM 1 dalam poketnya. Perkara ini perlulah diubah mengikut umur kita masing-masing dan di situ hendaklah ada kemajuan contohnya kalau peringkat IPT tu perlulah ada bussiness sendiri dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga dan biasiswa yang dibekalkan.

    Dalam bidang pengurusan pula kita hendaklah lebih kehadapan berbanding dengan pelajar-pelajar yang masih dalam peringkat sekolah rendah dan menengah. Kemahiran untuk mengeluarkan idea-idea baru perlulah dikuasai dan kita hendaklah lebih matang dalam memberikan hujah-hujah dan keputusan yang melibatkan sesuatu organisasi.

    Sebenarnya Allah telah pun memberikan modul-modul tertentu mengikut keperluan dan kekurangan kita sejak dari dulu lagi supaya kita mengambil pengajaran dan menjadikan peristiwa itu sebagai panduan untuk menetapkan sebarang keputusan. Sebagaimana hadith Nabi 'orang mukmin itu tidak akan masuk lubang biawak dua kali'.

    Segala ujian dan cabaran yang kita hadapi merupakan antara tarbiah secara tak langsung daripada Allah sendiri untuk meme=bentuk diri seseorang itu supaya menjadi hamba yang taat dan bersyukur kepada segala nikmatnya.

    Sama-samalah kita muhasabah diri dan fikirkan kenapa dulu dan sekarang kita berbeza.....

    0 Responses to “MATA RENUNGAN”

    Post a Comment

    Subscribe