Sunday, February 8, 2009
0
JUADAH ROOMATE
Sekembalinya aku ke bilik dan memerhatikan gelagat dan aktiviti rakan-rakan sebilik yang sibuk bermain game komputer dan tidak kurang juga yang sibuk dengan handset masing-masing untuk melayan orang yang dirindui. Terdetik di hati rasa sedikit kecewa dan bersalah kerana tidak mampu untuk sama-sama mengajak mereka untuk memanfaatkan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah atau sama-sama dalam memberikan sumbangan untuk kebaikan islam itu sendiri.
Walaupun telah bersama dengan mereka hampir setahun, namun diri ini sungguh lemah, tetapi yakinlah bukan kita yang mampu mengubah sesuatu ketetapan tetapi Allah lah yang paling selayaknya untuk mengubah hati-hati hambanya.
Cuma sedikit pesanan kepada semua pembaca sekalian, dalam kita berdakwah ini tidak ada perkara akan menguntungkan oleh itu, janganlah mengharapkan sebarang balasan dan pujian daripada orang lain, tidak ada karpit atau tikar mewah yang akan dihamparkan di hadapan anda semua, malah anda akan menghadapi banyak kesulitan dan dugaan mencabar.
Dekatkanlah diri mu kepada yang Maha pencipta Allah, pohonlah kepadanya agar dikurniakan kekuatan untuk sama-sama istiqamah dan bersemangat dalam memperjuangkan syariat Allah yang mulia ini.
Sampaikan salam kepada semua penerus atau penyambung mata-mata rantai perjuangan junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “JUADAH ROOMATE”
Post a Comment