Sunday, February 8, 2009
0
LIKU YANG TAJAM
Pengalaman seorang sahabat saya sewaktu memegang kepimpinan badan pengawas di sekolah lama dulu telah memanggil saya untuk menulis sedikit pesanan buat sahabat-sahabat yang sekarang ini berada dalam organisasi, tak kira organisasi apa pun.
Sebenarnya penulis merasakan ke tidak layakan untuk menegur sahabat-sahabat yang saya rasakan lebih baik dari hamba Allah ini, tetapi memandangkan perkara ini berlaku dikalangan anda, bukan semua tetapi hanya sebahagian sahaja dan yang sedikit itulah yang akan memberikan kecatatan terhadap mana-mana pun struktur organisasi.
Perkara yang ingin disentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan couple dikalangan pemegang jawatan itu sendiri iaitu antara ketua dan timbalannya. Fitrah manusia memang cenderung untuk mencari pasangan masing-masing, tetapi dalam kita memegang sesuatu amanah itu perlulah dengan keikhlasan dan tidak terdapat sebarang niat yang lain disitu.
Keberkatan dan keredhaan Allah itu adalah perkara yang paling penting dan perlulah diberikan perhatian yang lebih sekiranya kita menginginkan kejayaan dan kelicinan perjalanan sesuatu struktur organisasi yang kita pegang.
Penulis bukan bertujuan untuk mewujudkan suatu gap antara ketua dan timbalannya, tetapi di situ perlulah ditekankan tentang masalah niat. Contohnya, sebelum nak bagi sms tu, niat hendaklah dibetulkan semata-mata untuk gerak-kerja bukan dengan perasaan rindu atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
Harap-harap teguran ini akan menjadi satu peringatan dalam diri kita masing-masing terutamanya orang yang menulis itu sendiri. Doakan agar kita sama-sama ditetapkan iman oleh Allah dalam usaha kita menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “LIKU YANG TAJAM”
Post a Comment