Sunday, February 8, 2009

0

SIAPA YG KAFIR?

  • Sunday, February 8, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Memulakan kalam dengan pohonan kemaafan sekiranya pena ini menyentuh isu sensatif, menyentuh hati pihak tertentu dan sekiranya banyak kesilapan tersimpul. Hakikatnya ana pun merupakan manusia biasa yang tak kunjung malap dalam melakukan kesilapan, perbetulkan ana kerana memang hati ini terpanggil untuk diperbetulkan.

    • Wahaabi
    • Syiah
    • Tarekat
    • Ahli Tasawuf

    Apakah semua ini? Satu seminar telah diadakan di Masjid Wilayah Jalan Duta pada hari Sabtu bermulanya pagi sampai petang dan di sambung pula sampai malam. Pembentangan kertas kerja oleh tiga orang tokoh yang diundang antaranya Ustaz Zamihan Mat Zain, Ustaz Mahfuz Muhammad Khalil dan Ustaz Ahmad Faidzurrahim.

    Pembentangan kertas kerja yang pertama dimulakan dengan tajuk "peranan mahasiswa dalam membanteras penyelewengan agama". Banyak juga input-input baru yang dapat diambil antaranya ialah jenis-jenis penyelewengan aqidah iaitu:

    • Aqidah
    • Syariah
    • Kerohanian
    • Perubatan
    • Akhlak
    • Gerakan

    Antara peranan Mahasiswa ialah:

    1. Kematangan Ilmu: Ilmu mengenal islam, belajar secara Talaqqi, guru&kitab yang muktabar, disiplin ilmu, tingkatkan amalan, ulama sebagai rujukan.
    2. Mendokong visi islam: rancang aktiviti dakwah, amar ma'ruf nahi mungkar, mendokong aspirasi ummah, sifat da'ie.
    3. Berjamaah: pilih pemimpin yang ikhlas, kenal pasti visi dan misi jamaah, hindari fanatisme agama.
    4. Akauntabiliti: janji dengan Allah, diri adalah da'ie, muhasabah diri, temu janji dengan Allah.

    Agak lantang juga pembentang yang pertama itu dalam menyatakan pendiriannya tentang hukum-hukum islam. Beliau juga tidak memandang kepada taraf kedudukan dan jawatan seseorang. Ana berasa agak bersemangat juga bila nampak keberanian dia dalam menyatakan kebatilan yang berlaku walaupun VIP-VIP yang ada di depan itu mempunyai fikrah yang lain. Hati ana membisikkan "hah, baru tahu kena atas kepala sendiri".

    Masuk kepada pembentang yang kedua, ana merasakan ada sesuatu yang tak kena, ada sahabat ana yang kurang faham itu menjadi lebih serabut lagi, ada yang merasa ragu-ragu dengan aqidah dia yang sedia ada.

    Ana tak nafikan ada yang betul kerana pembentang mempunyai rujukan yang lebih berbanding dengan ana, tetapi cara penyampaian itu yang ana kurang setuju, pembentang dengan lantang mengkafirkan golongan tertentu yang dirasakan salah, ada juga ulama-ulama yang dipersalahkan seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim Az-Zauji. Siapa kita ini jika dibandingkan dengan ulama-ulama ini. Mereka lebih menguasai bahasa arab dengan baik, ilmu tafsir yang lebih mendalam dan zamannya yang lebih unggul. Walaupun kita rasa hujah dan pembuktian serta rujukan kita itu betul. Bagi ana rasanya tak tergamak hati ini untuk mengkafirkan golongan ulama ini.

    Pembentang yang ketiga pula dengan lantang memberikan komentar-komentar yang agak kontroversi, "aqidah ahli gerakan hizbut tahrir terpesong". Ada golongan yang terasa pun memberikan persoalan dan mohon penjelasan daripada pembentang. Sedihnya jawapan itu tidak menepati kehendak sang penyoal. Sedikit kekucar-kaciran berlaku juga.

    Sekembalinya ana ke kampus, ana berasa bersyukur juga sebab orang yang hadir ke seminar itu tidak ramai, sahabat-sahabat ana yang kurang kefahaman yang sedia ada pun tidak pergi, kalau tak tentu penat pula ana nak menjelaskan dengan diorang.

    Pena ana ini bukan nada yang mengkritik, ana pun masih setahun jagung lagi dalam memperbetulkan keadaan, berikanlah teguran dan tunjuk-ajar andai hamba ini tersilap dan tersalah.

    Sebenarnya ana tidak berminat sangat sekiranya perkara berkaitan aqidah ini dibesar-besarkan, keadaan sekarang sebenarnya lebih aulawiyat lagi sekiranya kita bincang isu-isu palestine atau bentuk-bentuk serangan orang yahudi dan cara mengatasinya dengan lebih praktikal.

    Kenapa kitab-kitab tasawuf lebih banyak yang sampai ke asia berbanding kitab-kitab yang berkaitan dengan sains dan kemajuan teknologi, kitab ibnu sina At-Tiib, Ibnu Khaldun dengan kitabnya Muqaddimah tak pernah menjejak kaki di asia apatah lagi negara kita, sedarlah sahabat-sahabat para pembaca sekalian ini merupakan agenda musuh islam untuk menghancurkan umat islam, kita ditabur dan dibaja dengan hiburan media massa, astro, akademi fantasia.

    Bangkitlah dan perhatikanlah langkah supaya kita tidak ditipu oleh musuh, lengkapkanlah dirimu dengan bekalan dan persiapan dalaman dan luaran.

    Panjang pula ana tulis, siapa nak baca ini. Cukuplah tu, orang yang paling banyak katanya itulah yang akan menghadapi ujian yang lebih banyak kelak. Siiru Ala Barakatillah..

    0 Responses to “SIAPA YG KAFIR?”

    Post a Comment

    Subscribe