Wednesday, April 29, 2009

3

PEPERANGAN BESAR

  • Wednesday, April 29, 2009
  • Ibnu Mahmud Al-Shirazy
  • Share
  • Persoalan timbul dan jawapan yang diberikan tidak memuaskan nafsu pemikiran. Bagaikan Badai datang menerpa. Kesemua pagar yang dibina bertahun-tahun tumbang. Berlaku kepada semua individu. Sesiapa yang membina tembok yang kukuh, bentengnya tidak akan musnah sekalipun tsunami yang datang, kecuali dengan kehendak Allah.

    Ramainya orang yang pandai berkata-kata, berdegar-degar sampai air liurnya keluar. Kononnya nak supaya kesedaran akan timbul. Diri ini sungguh jahat, tak taulah kenapa. Reaksi muka bersetuju tapi dalam hati menganalisis. Adakah diri ini tidak ikhlas. Tak, tak sama sekali. Tapi mata ini yang memerhatikannya di belakang tabir. Telinga ini yang terdengar bisikan itu, adakah itu bisikan syaitan. Diri cuba memperbaiki, tapi sampai sekarang the solution is still can't be.

    Mata hati melihat terlalu ramai sang munafik yang sedang berlegar-legar di serata dunia ini. Hai munafik!! Jangan engkau bersembunyi di celah-celah kesufianmu itu. Tidakkah engkau malu kepada Tuhanmu. Diri ini benci kepadamu. Tahu tak?

    Wahai jawatan, sekiranya engkau dipilih berdasarkan kepandaianmu berkata-kata maka sungguh hati ini sangat mengingkarimu. Kamu tak ikhlas, kamu inginkan kebanggaan/pujian/wanita. Kenapa boleh ketua kahwin dengan timbalannya, tentu ada sesuatu. Ohhh! Raut wajahku memandangnya biasa, mulutku lafazkan tahniah, tapi mata hatiku memandang satu kejatuhan.

    Kononnya membentuk baitul muslim yang solehah dan diredhai. Banyak pula bergurau senda dengan "aku booking dia tu". Mulutku diam sahaja, blog-blog yang ada memberikan evidence. kebanjiran komen-komen "bila nak kahwin syeikh?". Ok no problem la beb. NO KOMEN teruskan, rebutlah peluang yang ada, semua yang ada baik-baik/soleh-solehah/permata yang bersinar. Sang nafsu berpendapat "eloklah tu". Ciiss!! Imanku membakar 250 darjah celcius. Inilah yang melambatkan kemenangan Islam.

    Nta pegang bahagian apa syeikh? Dakwah/Tarbiah. Entah kenapa kredibiliti yang hatiku ingin pandang. Contoh teladan penting sangat dalam hati ini. Hatiku ingin sekali menganalisis bi'ah kehidupannya. Adakah mataku ini salah berikan maklumat kepada otak, pemikiran,perasaan dan hati ini. Almari, katil, kasut, selipar, baldi, tuala, meja study, solat jemaah, laptop, komunikasi dan cara makan. Ilusi dan bayangan seperti ini menjadi satu indicator dalam benak pemikiran ini, ohh!! dia ni macam ni.

    Dalam diri ini, sering kali berlaku peperangan yang dahsyat. Bantuan ketenteraan yang diberikan tidak dapat menumpaskan musuh yang terlalu hebat. Mungkin senjata api yang digunakan belum cukup moden untuk melawan tentera musuh yang menggunakan senjata yang moden dan canggih. Sudah ramai tenteraku yang memihak kepada musuh, tidak kurang pula yang berputus asa, keletihan, tergoda, termakan suapan. Adakah aku perlu gali parit seperti yang Rasulullah S.A.W lakukan dalam perang Khandak. Mungkin, atau aku perlu bina loji Nuklear untuk hasilkan senjata nuklear.

    OooHHh!! Manusia, Sedarkah anda tentang PEPERANGAN OUTlANDER ini. Betapa ramai hati yang tewas dan kalah. Inilah dunia yang fana, penuh dengan hiasan-hiasan, bunga-bunga, kemewahan, penipuan dan godaan serta hasutan. Carilah senjata pemusnah anda itu (IMAN DAN TAKWA).


    3 Responses to “PEPERANGAN BESAR”

    Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...
    April 30, 2009 at 5:22 AM

    Salam..
    syairazey, doakan ana menang dalam peperangan ini ye..


    Ibnu Mahmud Al-Shirazy said...
    April 30, 2009 at 5:29 AM

    Insya Allah..


    AS'AD HUSNAN BIN MOHAMAD said...
    May 1, 2009 at 11:03 PM

    bukankah perkahwinan itu suatu yg mulia?
    usahlh dipandang sbg satu kejatuhan...


    Post a Comment

    Subscribe